Read more
Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Baca selanjutnya di sini
Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.
Dalam tempoh sebulan sebelum keputusan dibuat, agak-agaknya berapa banyak yang dah masuk ke dalam perut kita. Kalau kita tak guna butter ini, alhamdulillah. Tapi ada tak kemungkinan, pengusaha-pengusaha makanan atau restoren dan juga hotel yang menggunakan butter jenis ini dalam masakan mereka. Kita pun bukan boleh nak siasat semua pengusaha-pengusaha ini apakah jenis butter yang mereka gunakan.
Jadi kalau tak nak perut kita tercemar dengan makanan-makanan yang menggunakan bahan-bahan mengandungi DNA babi, lebih baik kita jauhi makanan tersebut. Dapatkan produk-produk makanan yang betul-betul halal dari pengusaha-pengusaha muslim yang mengamalkan sistem IMP (Islamic manufacturing practice). Disamping menjaga perut kita dari unsur-unsur pemakanan yang tidak halal, secara tidak langsung kita juga membantu meningkatkan ekonomi ummah.
Produk halal Tanggungjawab bersama.
0 Reviews