Select Menu

Random Posts

Powered by Blogger.

Produk Halal

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Bottom

» » » » » Perniagaan Produk Halal Online atau Offline

Halal
Halal (Photo credit: golo)
Makanan tidak halal secara maknawiyah amat memberi kesan kepada pembentukan sahsiah diri dan ahli keluarga. Islam menganjurkan agar umatnya berhati-hati dalam pengambilan sebarang bentuk pemakanan.

Begitu juga dengan sumber makanan atau rezeki yang disuapkan ke dalam mulutnya. Unsur riba, rasuah, perjudian dan hasil haram lain wajib dielakkan.

Kategori produk dan pemakanan dalam Islam
  1. Halal - Guna, perkenal dan niagakan. (Semua bahan mentah dan ramuan yang terbabit dalam penghasilannya dalah halal. Selamat untuk akal dan tubuh badan, bebas dari bahan mentah dan ramuan najis, tidak dari sumber babi, anjing dan binatang najis, tidak diproses, disedia atau dikilang alat-alat yg tidak bebas dari benda najis.)

  2. Haram -Jauhi sejauh-jauhnya produk yang yang tidak diizinkan syarak untuk diguna atau dinikmati oleh umat Islam khususnya.(kerana boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan , akal, guna bahan ramuan dianggap najis, ramuan dari binatang yang tak dibenarkan, binatang yang tak disembelih dan cara pemprosesan yang melanggar kehendak syarak)

  3. Syubhah - Diragui status samaada halal atau haram. Langkah yang terbaik adalah meninggalkannya.
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya...".
(Hadis Riwayat Bukhari)

Allah membuat penegasan bahawa rezeki yang diperoleh dengan cara yang tidak halal akan diberi balasan yang setimpal di akhirat nanti.
Firman-Nya bermaksud: "Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba, padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang yang kafir antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah an-Nisa, ayat 161)
Rezeki daripada hasil haram akan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Setiap suap makanan yang tidak halal, diisi ke perut akan memberikan kesan kepada tindakannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya."
Huraian
  1. Harta-harta yang berkat itu adalah harta yang halal dan baik, kerana sesuatu yang diambil dari yang tidak halal dan tidak baik tidak mungkin mampu mendorong seseorang kepada melakukan kebaikan sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

  2. Setiap daging yang timbul atau dihasilkan dari sesuatu yang haram maka nerakalah tempatnya.

  3. Pengertian halal yang harus difahami daripada hadith di atas adalah mencakupi aspek-aspek berikut:

    • Halal wujudnya, iaitu apa saja yang tidak dilarang oleh agama Islam, seperti makanan dan minuman yang tidak diharamkan oleh syariat Islam.

    • Halal cara mengambil atau memperolehinya, iaitu cara mengambil atau cara memperoleh yang tidak dilarang oleh syariat Islam seperti harta yang diperoleh dari pekerjaan yang halal menurut pandangan syariat Islam.

    • Halal karena tidak bercampur dengan hak milik orang lain, kerana sudah dikeluarkan zakatnya. Jika sebaliknya (haram) jika ia berupa bahan makanan dan dimakan oleh seseorang maka pengaruhnya sangat buruk terhadap perkembangan rohani dan jasmani seseorang.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Secara umumnya semua produk makanan dan minuman serta ubat-ubatan di Malaysia mendapat sijil HALAL samada yang dikeluarkan oleh JAKIM atau badan yang diiktiraf oleh JAKIM.  Jakim akan mengeluarkan sijil Halal kepada pengusaha yang memohon, serta memantau secara berkala dan juga sekiranya menerima aduan. Setiap tahun Jakim telah membatalkan atau menarik balik sijil Halal atas beberapa kesalahan yang dilakukan. 


Antara punca utama perkara ini berlaku adalah disebabkan pengguna kita tidak ambil kisah sangat mengenai ketulinan sijil-sijil halal yang digunakan. Kebanyakan produk-produk pula dikeluarkan oleh pengusaha bukan islam. Apa yang penting bagi mereka adalah sijil halal yang telah diperolehi bukan kehalalan produk keluaran mereka. Pengguna Islam sepatutnya lebih peka dan berhati-hati dengan produk-produk terutamanya produk makanan. Adalah lebih baik untuk menggunakan produk-produk yang dikeluarkan sepenuhnya oleh syarikat-syarikat yang 100% muslim supaya terpelihara diri dari produk-produk yang haram mahupun syubhah.

Walaupun Jakim membuat penguatkuasaan tetapi penyalahgunaan logo halal tetap berlaku. Ini kerana pengusaha sebenarnya tidak mempedulikan halal haram produk mereka asal mereka mempunyai sijil yang tempoh sah lakunya selama 2 tahun. Keratan akhbar berikut menunjukkan betapa pengusaha-pengusaha ini tidak menitik beratkan halal haram produk mereka.



    Enhanced by Zemanta

    About Muhalis Homestay Kesidang

    WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
    «
    Next
    Newer Post
    »
    Previous
    Older Post

    No comments

    Leave a Reply