Garis Panduan Perniagaan MLM yang Halal

Garis Panduan Perniagaan MLM yang Halal

Size
Price:

Read more

Industri MLM telah lebih 4 dekad bertapak di Malaysia dan telah melahirkan ramai jutawan melalui perniagaan ini. Banyak syarikat-syarikat yang mengamalkan konsep perniagaan secara MLM baik syarikat luar negara mahupun syarikat di dalam negara. Namun begitu konsep perniagaan secara MLM ini banyak menimbulkan polemik antaranya status halal perniagaan secara MLM. Atas dasar untuk memastikan rezeki yang diperolehi dari MLM ini halal, JAKIM telah berusaha menyediakan satu garis panduan perniagaan MLM ini semoga umat islam tidak terjerumus dalam perniagaan yang tidak halal atau syubhah. Walau bagaimanapun pilihan akhir adalah di tangan anda sendiri.



GARIS PANDUAN JAKIM & MAJLIS FATWA (DIPETIK DARI JAKIM)

Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti yang berikut:



  1. Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman.
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  2. En. Mohd. Talal bin Abu Bakar.
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

  3. Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali.
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  4. Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin.
    Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  5. Ustaz Zaharudin bin Muhammad.
    Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26 Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.

Sumber:
http://www.zaharuddin.net

0 Reviews

Contact form

Name

Email *

Message *